Friday, February 10, 2012

Doktor dan Anak..

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selapas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital....


dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menuggunya...
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak...


'kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang ni..?? Kamu x ada rasa bertangggungjawab ke..??


doktor tersebut tersenyum dan berkata :


'Sy minta maaf, sy berada di luar hospital dan sy datang secepat yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan itu....dan sekarang, sy harap anda bertenang...jadi, sy dapat buat kerja sy..'


'bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik tu sekarang ni, bolehkah kamu bertenang...?? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat..?? kata si ayah dengan marah


si doktor tersenyum lagi dan berkata :


'saya akan kata bahawa Allah terlah berfirman dalam kitab-Nya yang suci "daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"...doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang...InsyaAllah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu..'


'memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!' gumam si ayah


pembedah itu mengambil masa beberapa jam...tak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira..


'Alhamdulillah....anak anda selamat..!' dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah 'kalau kamu ada sebarang soalan...kamu boleh tanya jururawat...!'


'kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!' komen si ayah selepas melihat jururawat...


jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya 'anaknya meniggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya..dia berada dalam upaca pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik...dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengubumian anaknya..''


si ayah terdiam....



2 comments: